05 January 2015

Resepi singgang ala johor :)

Resepi yang Fana nak share harini ialah masak singgang ! sangat simple dan mudah.




BAHAN  ( hidangan untuk 2 orang  )

(A)
--> Halia ( dihiris nipis )

--> 2 ulas bawang putih ( dicincang halus )

--> 2 ulas bawang merah ( dicincang halus )

(B)
--> 2 ekor ikan yang telah dibersihkan . tidak kisah ikan apa asal jangan ikan bilis sudah laa..Fana guna ikan caru

--> 1 keping asam gelugur

--> 4 tangkai cili padi

--> kunyit hidup ( dihiris nipis )/ serbuk kunyit . Memberikan warna kuning yang menarik

--> garam secukup rasa

--> air separas ikan


CARA MEMASAK


  1. Panaskan sedikit minyak. 
  2. Tumis bawang putih ,bawang merah , dan halia sehingga naik bau
  3. Masukan semua bahan (B) tadi dalam periuk. kecilkan api dan tunggu sehingga menggelegak
  4. Balikkan ikan dan tunggu masak kejap. 
  5. Tutup api
  6. Sudah siap untuk dihidangkan !
SELAMAT MENCUBA :)


No comments: