07 December 2017

Review Servis Bateriku.com

Assalamualaikum.

Sis nak review sikit servis bateriku. Terima kasih la sorang kawan sis yg recommend bateriku di waktu semua kedai dah tutup.





Okay

Nak dijadikan cerita la kan. Satu hari ni sis park luar dari kawasan office sis. Sebabkan jauh sis kena menapak so sis pun dengan sengaja cuai tak matikan suis lampu kereta. Tinggal sekejap takpe lagi, suis tu hidup hampir 12 jam tanpa running enjin. Allahu. 

Terkejut jugak bila tekan alarm kereta takda apa apa respond macam rosak dah alarm. Sis bukak manual kunci and try start enjin. Malangnya, tak boleh. 

Kalau siang okay lagi tau ni tengah tengah malam pekak pkol 10 😭😭. Mana sis nak cari bengkel? Nak cari pomen yang overtime? Sis lost gila masa tu. Call member sana sini tanya solution.


Dah macam macam try ,
Jumper guna kereta member sis, charge bateri guna bateri kereta lain, and last one tolak kasi hidup.
Sia sia je. Sis dah fikir masalah dengan circuit atau alternator. Cuak gila.

Ada la sorang member sis memang kerja and stay area jb ni, dia suggestkan call bateriku.
Sis pun apa lagi, goggle la details pasal bateriku.





Memang servis dia tip top. Tak sampai 30 minit runner dah sampai. Benda settle dalam satu jam je lepas call. Runner dia sanggup overtime sebab sis 😭😭.

Lagi bagus tentang runner bateriku ni, mereka berikan penerangan serba sedikit cara penjagaan bateri. Tak lokek ilmu.

Runner ni pun ada bagitahu kenapa bateri ni dah kong 
sebab voltage bateri dah below 13. So that means, bateri dah tak mampu nk recharge diri dia sendiri. Cell inside the batery was being died.




Price : Viva (RM195 include trade in old battery)
Time completed task : 45 minute
Warranty : 1.5 year
Battery type : Amaron
Rate : ⭐️⭐️⭐️⭐️⭐️

Sesiapa yang ada masalah macam saya jangan lupa conctact bateriku. Memang highly reccomended. Boleh contact :
Hotline : 019 699 8279
Runner Jb : +60 11 1009 1065

Lastly. Sis bersyukur sangat dikurniakan sahabat sahabat yang sanggup tnggu berjam jam untuk tolong sis. And thanks a lot semua.

Sekian, terima kasih.